Salam semua,Minggu ni kiter citer filem baru kat panggung... taklah baru sangat! masa tayangan pun dah nak abis dah.
Citer oleh Roland Emmerich dan dilakonkan oleh pelakon yg aku tak berapa familiar sangat iaitu Steven Strait dan Camilla Belle. Mamat tu berlakon ok lah yang minah tu pun ok jugak agak lembut wajahnya.
Kisah epik purba sebelum bermula tahun masehi. Seperti teori barat yang mengaitkan zaman pra sejarah yang dihuni manusia karnival, puak primitif serta binatang pra sejarah yang bagak-bagak serta ganas....
Secara keseluruhan jalan cerita gak streotaip berkisah satu puak kulit putih dekat mana ntah.... macam kat Afrika pun ada tapi yg peliknya puak lain sumer hitam pekat ala 'The God Must Be Crazy' dengan tombak merupakan senjata utama. Baju pakai mana yang perlu jer...tengok la sendiri!
Biasalah mat salleh kalau bikin filem diorang misti hero punya terrer pulak tuh pendek kata paling berakal sekali lah berbanding puak masai afrika tuh... ish! Kira penyelamat dunia lah....
Maka tinggallah puak Haggal - kaum pergunungan yang hidup dengan memburu kannak iaitu sejenis mammoth bertaring panjang bengkok tuh. Ops sebelum terlupa latar belakang filem ni ada salju..ada padang pasir... dan tetiba ada Firaun pulak.... Carca merba sumer nak kasi masuk!
Konflik bermula bila ketua puak Haggal sudah tinggal kaum dia utk satu mission. Blakang anak yang sudah tak berbapak ni sudah dimoralize ingat bapak pengecut dan mengalami tekanan jiwa. Akibat cuba nak jadi hero nak tunjuk terrer kat member2 (sbb taknak kena pulau) dia sudah join projet tangkap gajah paling besar.... dengan secara tak sengaja dia sudah terlibat dgn insiden pembunuhan binatang tu tanpa sengaja... pulak tu tader org nampak plak tu... dia jadi hero lah... dapat la dia 'tombak putih hulubalang' serta aweks....
Malangnya kaun firaun tu sudah datang dan menceroboh kaum Haggal ni dan curi aweks ni.... Tangkap penduduk nak dijadikan hamba buat piramid. Apa lagi hero pun sudah mau kasi selamat la itu aweks... dia tak pedulik sangat org lain tuh....
Mengembara sama ketua kampung dan kawan baik dia ni hingga dia terjatuh masuk perigi buta dan terperangkap sama rimau besar taring panjang terhimpit nak selamatkan diri..kira nak mati lah rimau ni... dia pun selamatkan lah walau tau silap2 dia kena ngap dek rimau ni....

Pendekkan citer dia pun meneruskan perjalanan nak carik aweks yg kena colet tadi ngan member dia sama ketua kampung tadi... sehingga sampai ke kampung puak aborojin afrika pakai cawat bertombak serta berconteng satu badan. Apa lg kena attack la...Tetiba je rimau ganas yg dia selamatkan tuh mai selamatka dia dari kena rebus buat mkn tengahari.... Maka bermulalah episod magis bila dikatakan dia buleh sembang ngan rimau yg paling ditakuti padahal dia separuh mati cuak nak mampus... tapi sebab nak citer rimau balas jasa baikla kot rimau tu tak jd baham mamat ni.... pastu jd kaptenlah kpd puak2 afrika ni nak selamatkan kaum2 yg dijadikan hamba ni... rupa2nya geng2 afrika ni dah ramai yg kena kidnap...abih sahabat handai, ipar duai serta anak bini yang kena...
Gitulah lebih kurang sinopsisnya. hangpa tgk la sandiri sambungan dia...Effect CGI nya agak menarik dan dramatik laaa. Tapi binatang purba tu agak limited la agaknya dua tiga species jer yg ada kot....Sumer bapak besar tuu.... ganas yang amat! Kalau suka citer epik romantik lagi trajis buleh la tonton. Utk tengok ngan anak2 pun ok...ngan aweks pun ok gak...minah couple cina kat blakang wa sempat ringan2 tuh! Peh!
Aku bagi 3 bintang la dari lima.
Selamat Menonton!
No comments:
Post a Comment